You are currently viewing 30 Orang berkerja sendiri menyertai Program “Digital Freelance Agency”

30 Orang berkerja sendiri menyertai Program “Digital Freelance Agency”

Pada bulan September 2022, Coedev Technology dengan kerjasama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) menjalankan program Digital Freelance Agency (DFA) untuk memyediakan platform untuk pekerja digital untuk mengembangkan kemahiran & peluang pekerjaan yang lebih.Di program ini, 30 orang pelatih mendaftarkan diri untuk mengikuti program selama 4 bulan. Disebabkan pengetahuan dikalangan warga tempatan yang masih kecil, COEDEV Technology membuka kelas pengajaran secara percuma kepada para pelatih yang dipecahkan kepada 3 kumpulan mengikut bidang iaitu UI/UX, Laravel & Flutter. Kumpulan ini dikendalikan oleh mentor masing-masing diantaranya Pengasas Idolegacy sendiri Achmad Noorasyrul Noortaip & juga pasukan dari Indonesia.

Bulan pertama iaitu September, para pelatih mengikuti kelas yang diadakan secara fizikal & maya bersama mentor masing-masing. Untuk kumpulan UI/UX, mereka mempelajari membina laman sesawang menggunakan wordpress, Paparan aplikasi telefon menggunakan figma & poster social media menggunakan canva. Dengan pembelajaran ini mereka dapat menyediakan perkhidmatan perekaan persisian & web yang mesra pengguna dan mengikut citarasa masa kini. Untuk kumpulan Laravel pula, mereka mempelajari pergatur-caraan menggunakan bahasa PHP untuk membina aplikasi web yang memproses data secara maya. Manakala kumpulan Flutter mempelajari pengaturcaraan aplikasi menggunakan teknologi flutter.

Dibulan oktober, pelatih mula untuk menerima tempahan dan menjana pendapatan dalam program ini. Walaupun hanya sampai separuh sahaja yang berkelayakan tetapi ini membuktikan adanya peluang untuk pekerja digital dipasaran tempatan. Pihak mentor pula membuat inisiatif untuk terus menyediakan sesi tambahan untuk yang memerlukan. Di bulan November, bilangan pelatih yang menjana pendapatan sudah mencapai 80%  merupakan satu pencapaian yang membanggakan

Sepanjang 2 bulan dalam program DFA (Oktober & November), Coedev Technology juga mengadakan Mini Hackathon untuk pelatih DFA dimana semua pelatih dipecahkan lagi kepada 3 kumpulan untuk menyelesaikan masaalah industri. Ini memberi peluang kepada pelatih untuk menonjolkan idea mereka mengikut kepakaran & kerjasama masing-masing untuk membina “Minimum Viable Product” yang akan dibentangkan pada waktu yang ditetapkan. Pembentangan ini turut dihadiri oleh peniaga-peniaga yang berminat untuk mencuba MVP dari para pelatih.

Program ini mendapat sambutan baik dari para pelatih dan juga pelanggan khidmat digital. Pihak Coedev terus berminat untuk mengadakan lagi program-program seperti ini yang memberi sumbangan kepada ekonomi & masyarakat.

 

UI/UX

Laravel

Flutter