INOVASI GAYA KERJA

Kerjaya gig

Idolegacy sentiasa mengalakkan warga sabah untuk menceburi dalam bidang kerjaya gig dimana seorang bekerja dalam masa jangka pendek, sementara dan bebas tanpa kontrak ikatan majikan.  Kerjaya gig ini adalah cara baharu untuk membina tenaga kerja bebas. IDolegacy sdn bhd sedar dengan mengembangkan “Gig  ekonomi”, Tidak kira apa industri,  ia terdiri dari tugasan  kecil untuk dilaksanakan boleh pekerja gig, setelah tugasan selesai barulah upah diberikan untuk tugasan tersebut. Dalam gig ekonomi, seorang pekerja gig boleh melaksanakan tugas dari pelbagai pihak. Ini merupakan inovasi gaya kerja yang mengembangkan satu inovasi gay hidup berteraskan perkembangan teknologi.

Mengapa kerjaya gig?

Idolegacy ingin membudayakan kerja yang mengikut shift dan fleksibel. Dengan kerjaya gig, peluang dapat diberikan kepada lebih ramai orang  yang ingin menambah pengalaman dan menjana pendapatan. Untuk krew teras Idolegacy mengekalkan fokus dengan setiap target , tugasan memperkemaskan dengan memindahkan seberapa tugasan kepada tugasan gig mengikut industri.  kami percaya dengan penglibatan orang ramai, misi dan visi idolegacy akan tercapai. Setiap Jenama dari Idolegacy menyediakan beberapa tugasan untuk pihak pekerja gig sempurnakan. Disana, kami mendapat manfaat dari pelbagai kepakaran  tanpa mendapat kekangan jarak dan komunikasi.

Idolegacy & Gig Economy

Berikut adalah seberapa  pengiat  gig  dari  jenama milik IDolegacy:

  • Penunggang motorsikal – Pengkhidmat runner dan teksi motor Riderunner
  • Pemandu E-hailing  Riderunner
  • Penerbit kandungan media 
  • Pengaturcara perisian komputer
  • Pemandu logistik Riderunner express & fleet
  • Tugasan Pemasaran digital dibawah program Non-Rider Initiative (NRI) Riderunner
  • Pembaiki Aircond